BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 16, 2009

Ilmu Falak

Ilmu falak adalah ilmu yang berkembang sejak zaman primitif lagi.Segala aktiviti yang menunujukkan perhubungan manusia dengan alam akan melibatkan unsur-unsur ilmu falak.Langit bagaikan makmal sains.Manusia memerhatikan setiap fenomena langit dan mengambil pengajaran darinya.Masyarakat purba yang belum dibimbing wahyu menganggap alam adalah tuhan.Setiap unsure alam yang penting disembah sebagai keperluan untuk terus hidup.Perubahan pemikiran ,mula meransang pemahaman alam secara empirical.Mereka boleh meramalkan perubahan musim untuk menyediakan keperluan hidup.Begitu juag dengan kebolehan mereka mencipta takwim sebagai satu 'buah tangan' ilmu falak yang penting.Kini,ilmu falak sudah berkembang luas sehingga melewati kajian astro fizik dan penerokaan ke angkasa lepas.


Masyarakat mempunyai pengetahuan yang berbeza tentang definisi dan skop ilmu falak.Pada suatu pihak,ilmu falak disamakn dengan 'astrologi' atau 'ilmu bintang pernujuman'.Seperti bidang ilmu sains yang lain,apabila ianya digunakan untuk menyekutukan Allah s.w.t. atau sesuatu yang boleh membawa kearah itu,maka ilmu berkenaan menjadi haram.Astrologi termasuk dalam cabang ilmu falak yang disalah gunakan.Justeru itu,menurut Al-Khitabi dalam Djafar (1989),ilmu falak yang dilarang ialah ilmu yang digunakan oleh ahli-ahli perbintangan untuk meramalkan kejadian-kejadian dan peristiwa yang belum terjadi di 'alam rendah'.Ilmu falak dalam bahasa Latin ialah astronomi yang bermakna 'ilmu mengenai bintang'.Definisi yang lebih jelas mengenai ilmu ini ialah 'sains yang mengkaji objek-objek di angkasa'.Dalam Al-Quran perkataan falak digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda langit yang beredar.Manakala ilmu falak syarie pula ialah sesuatu penggunaan kaedah-kaedah falak termasuk hasil-hasil pengiraannya serta segala maklumat yang diperolehi darinya yang digunakan untuk tujuan beribadat kepada Allah s.w.t serta mengaitkannya dengan keesaan Allah s.w.t.Walau bagaimanapun,dalam skop yang dipraktikkan di Malaysia,ilmu falak syarie terhad kepada aspek takwim sahaja.Menjadi kebiasaan juga,ilmu falak diasingkan antara ilmu astronomi dan ilmu falk syarie.Astronomi dikatakan ilmu falak moden (barat) yang tidak berkaitan dengan ibadah,manakala ilmu falak syarie pula ialah ilmu falak yang berkaitan dengan ibadah khusus.Ilmu falak syarie dikategorikan sebagai ilmu fardu kifayah,tetapi ilmu astronomi tersisih dari masyarakat Islam.Akibatnya,bidang ilmu falak orang-orang Melayu/Islam tidak berkembang jauh,kerana wujudnya pandangan yang mengelirukan ini.Sedangkan ilmu falak syarie juga memerlukan pengetahuan cirri-ciri fizikal astronomi sebelum sebarang formulasi dapat dibuat.Dalam proses Islamisasi ilmu dan tafsiran mengenai skop ilmu-ilmu fardu kifayah ,jurang dan perbezaan ini tidak sepatutnya berlaku.Ilmu falak atau astronomi sepatutnya merangkumi segala aspek berkaitan dengan keperluan hidup dan ibadah.Sebagai contoh,hasil kajian astronomi fizikal mengenai pergerakan bulan dan matahari,dijadikan dalam bentuk formula ataupun jadual-jadual(zjj) untuk kegunaan ahli-ahli takwim membuat pengiraan waktu solah dan takwim tarikh.Begitu juga kajian terhadap tenaga matahari yang telah menghasilkan teknologi tenaga suria,yang dapat memberi sumber tenaga alternative.Pemahaman tentang takrifan bidang ilmu ilmu yang betul akan memajukan bidang ilmu falak,sebagaimana ilmu ini telah mencapai kedudukan yang tinggi dalam tamadun Islam.


Sains adalah kaedah untuk membantu perlaksanaan ibadah.Ahli-ahli sains kebiasaannya akur terhadap keperluan syarak,jika aplikasi saintifik dalam ibadah boleh diterima secara minimum. Perjumpaan sains itu sentiasa berubah dengan zaman dan kemajuan intelektual manusia,namun hadaf sesuatu hukum syarak adalah jelas. Ahli-ahli sains sentiasa mengharapkan hasil kajian mereka menjadi ibadat dan sumbangan mereka adalah amal jariah.Justeru itu,timbang tara dan aplikasi saintifik terhadap ibadah,ibarat'menarik rambut dalam tepung'.Masyarakat lebih selesa jika aplikasi sains dalam keperluan fekah ini 'sekufu',kerana ibadat dapat dilakukan dengan yakin.

0 comments: