BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 16, 2009

Murtad di kalangan saudara baru

” Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul ”. Pepatah ini nampaknya sesuai untuk menggambarkan beban yang terpaksa digalas oleh rakan-rakan saudara baru (mualaf). Bagi saudara baru yang mempunyai keluarga yang berfikiran terbuka atau ”open minded” mungkin tidak berasa tertekan dengan perubahan keyakinan hidup mereka. Tetapi terdapat juga saudara baru yang terpaksa berhadapan dengan keluarga yang sangat kuat berpegang dengan anutan asal mereka. Selain itu, yang menyebabkan saudara baru murtad ialah perkahwinan. Hal ini mendedahkan saudara baru dengan ancaman akidah dari dalam keluarga. Ini membawa kepada murtad, lantaran ketidakmampuan menghadapi mehnah-mehnah tersebut.


Murtad dari sudut bahasa adalah dari bahasa Arab yang berasal daripada perkataan ”Riddah”. Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahawa riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Adapun dari sudut syarak, dengan merujuk kepada penjelasan ilmuwan Islam, murtad ialah seorang Muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam samada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.


Bagi saudara baru yang diterima dengan baik, mereka tetap menghadapi pelbagai ujian. Ujian dari segi peningkatan diri dan penghayatan Islam mahupun ujian lain dalam masyarakat. Ramai di kalangan mereka yang menghadapi kesukaran ini berada dalam masyarakat dengan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

1 comments:

sykick said...

smoga Allah memberi hidayah kpd mrka supaya kembali kepada Islam