BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 16, 2009

Wanita , Poligami Dan Gangguan Sexual

Isu poligami dikalangan wanita bukanlah isu baru, malah ia sentiasa menjadi perbincangan pelbagai pihak, khususnya golongan wanita. Isu tersebut telah mendapat perhatian di kalangan pertubuhan wanita seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia, Sisters In Islam, Persatuan Peguam-Peguam Wanita Muslim dan lain-lain yang telah menyuarakan dengan lantang kebimbangan mereka terhadap suami yang ingin berpoligami.Isu tersebut menjadi hangat terutama apabila kerajaan Selangor memansuhkan peraturan tandatangan isteri yang sedia ada di dalam borang permohonan jika sesorang suami itu berhasrat untuk berpoligami. Kemudian isu ini dikaitakan dengan bermacam-macam insiden seperti pengabaian tanggungjawab suami terhadap isteri pertama, keadilan, nafkah dan lain-lain (Al-Manar,Jun 1997).

Meskipun poligami merupakan isu kontraversi sepanjang zaman, namun hukum Islam adalah jelas memberikan keizinan kepada kaum lelaki berkahwin sehingga 4 orang isteri (lihat An.Nisa’:3). Poligami diizinkan berasaskan tindakan Rasulullah sendiri sama ada berbentuk sunnah amaliah atau taqririah.Bagaimanapun, keizinan itu tertakluk kepada dua syarat lain, iaitu kemampuan material, fizikal dan keadilan antara isteri dari sudut material bukannya melibatkan rohani/emosi. Rasulullah sentiasa berlaku adil di kalangan isterinya dari aspek material tetapi dari aspek emosi beliau lebih mengasihi Aisyah dan Siti Khadijah. Ketika dikritik oleh Ummu Salamah (salah seorang isteri Rasulullah), Rasulullah bersabda: “Jangan kamu menyakitiku tentang Aisyah, sesungguhnya wahyu tidak datang kepadaku, dalam keadaan aku berada di dalam selimut seorang wanita melainkan dengan Aisyah”. Hanya Allah sahaja mempunyai kecintaan yang mutlak untuk seluruh makhluknya sepertimana doa Rasulullah: “Ya Allah, inilah pembahagian terhadap apa yang aku miliki.Janganlah engkau mengambil kira terhadapku sesuatu yang Engkau miliki dan aku tidak miliki” (Dr.Sa’adduddin al-Sayyid Salih, Strategi musuh menentang Islam (trj.), 1996). Meskipun amalan poligami di kalangan kaum lelaki di negara ini ada bukti yang jelas kelemahannya, namun kita tidak boleh menentang hukum tersebut kerana ia diputuskan oleh Allah sendiri. Poligami yang positif adalah penyelesaian terhadap masalah andartu, ibu tunggal, dan pertambahan bilangan penduduk wanita di negara ini. Zamakhsyari pengarang kitab Tafsir al-Kasyaf menyatakan diantara sebab-sebab Islam mengharuskan berkahwin lebih dari satu adalah unntuk menjaga masyarakat dari jatuh ke lembah perzinaan (Dipetik oleh Dr.Mohammad al-Bahi, Sikap wanita Islam kini (trj.), 1981). Ramai wanita yang sukar mendapat jodoh di kalangan lelaki tempatan telah bertindak mengawini lelaki pendatang sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada diri dan keluarga mereka.

Mutakhir ini gangguan sexual yang dilakukan oleh kaum lelaki terhadap golongan wanita di tempat kerja mendapat perhatian kerajaan sehingga diperkenalkan akta khas gangguan sexsual. Akta tersebut diperkenalkan kerana banyak laporan dikemukkan menunjukkan terdapatnya gangguan sexsual ke atas golongan wanita di tempat kerja atau dimana sahaja mereka berada. Kita memang menyokong undang-undang ini, tetapi adalah tidak adil menyalahkan kaum lelaki seratus peratus sebagai sebab utama berlakunya fenomen tersebut. Kaum wanita juga harus dipersalahkan dan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya perlakuan mereka seperti bentuk pakaian yang sexy, suara yang mengoda, perbuatan yang merangsang dan lain-lain lagi yang boleh mendorong kaum lelaki melakukan gangguan seksual. Dengan sebab itu, Islam telah memberikan syarat-syarat tertentu kepada kaum wanita yang ingin berkerja, seperti:

i. tidak menjejaskan kehormatannya sebagai seorang wanita, isteri yang setia dan ibu yang dimuliakan, apabila berada dengan lelaki di tempat kerja.

ii. Tidak menjejaskan kehidupannya dalam rumahtangga sebagai seorang isteri yang mempunyai sifat lemah lembut dan kasih sayang serta tanggungjawab terhadap suami dan anak.

iii. Tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ibu yang sepatutnya memberi asas-asas pelajaran yang baik terhadap anak-anaknya yang masih kecil

iv. Tidak mempunyai sikap bahawa bekerja di pejabat-pejabat dan kerja-kerja lain yang ringan sebagai jalan untuk melarikan diri daripada tugas-tugas sebagai suri rumah yang dianggap membosankan.(Lihat,Jurnal Minda Usuluddin, N0.6, Jun 1997).

0 comments: