BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 17, 2009

Pendidikan Anak-Anak menurut Islam

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.
Pendidikan iman adalah mengikat anak dengan dasar-dasar iman, membiasakannya sejak mulai faham rukun Islam. Dalam mengikat anak dengan dasar-dasar Iman, rukun-rukun Islam dan hukum-hukum syariat, berikut ini adalah petunjuk-petunjuk dan wasiat-wasiat Rasulullah SAW yang paling penting:
1) Perintah mengawali (mendidik anak) dengan kalimat “LA ILAHA ILALLAH”
Diriwayatkan Hakim dan Ibnu Abbas r.a dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda :
“Mulailah (mendidik) bayi-bayi kalian dengan kalimat La Ilaha Illallah”. Rahasianya adalah agar kalimat tauhid dan syar masuk islam merupakan yang pertama kali didengar oleh anak, yang pertama kali diucapkan oleh lidahnya, dan agar merupakan kata-kata dan lafah-lafah yang pertama kali dipahami.
2) Mengenalkan hukum halal-haram yang pertama kali difahami
Hadis yang dikeluarkan Ibnu Taris dan Ibnu Mundzir, dari hadis Ibnu Mas’ud. Bahwa Nabi bersabda :
“Taatlah kalian kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada-Nya. Perintahlah semua anak kalian untuk mengerjakan yang diperintahkan dan menjauhi yang dilarang kerana hal itu merupakan benteng bagi mereka dan bagimu sekalian dari api neraka”.
Rahsianya adalah agar sejak pertumbuhannya, anak membuka kedua matanya terhadap perintah-perintah Allah, bergairah untuk melaksanakannya. Membuka kedua matanya terhadap larangan-laranganNya, dilatih untuk meninggalkannya sejak ia dapat memahami hukum-hukum hala dan haram.
3) Menyuruh beribadah sejak berusia 7 tahun.
Sebagaimana diriwayatkan Hakim dan Abu Daud dari Ibnu Amas bin Ash, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda :
“Perintahlah anak-anak kalian melakukan shalat sejak mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka(bila enggan melakukannya) saat mereka berusia 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka”
Rahsianya adalah agar sejak pertumbuhannya, anak-anak belajar tentang hokum-hukum semua ibadah dan terbiasa melaksanakannya sejak dini sehingga ia terdidik untuk taat kepada Allah SWT.
4) Mendidiknya untuk mencintai Rasulullah SAW, mencintai ahli baitnya, dan mencintai Al-quran
Nabi SAW bersabda :
“Didiklah anak-anak kalian dengan tiga sifat: mencintai nabi kalian, mencintai keluarganya, mencintai baca al-quran. Sesungguhnya pembaca dan pengamal Al-quran dinaungi Allah pada hari itu tidak ada satupun naungan selain naunganNya. Bersama nabi dan orang-orang suci”.
Rahsianya ialah, agar anak-anak dapat mengidentifikasi diri mereka dengan sejarah perjalanan generasi terdahulu dalam hal pergerakkan, kepahlawanan dari jihad, agar mereka terikat oleh sejarah secara emosional, kejayaan, dan kebanggaan, dan agar mereka terikat oleh al-quran secara spiritual.
Matlamat (al-ghoyah) pendidikan Islam yang utama dan tertinggi ialah untuk membawa manusia mengenal penciptanya, mengabdikan diri sepenuhnya hanya kepada Allah, melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan penuh redha.
Tujuan serta matlamat dekat dan khusus (ahdaf) pendidikan Islam dirumuskan oleh Dr Abdur Rahman Salih di dalam bukunya, dalam tiga matlamat atau tujuan, iaitu matlamat yang bersifat fizik (ahdaf jismiyah, bersifat mental (ahdaf 'aqliyah) dan bersifat kerohanian (ahdaf ruhaniyah).
Antara tujuan khas pendidikan Islam juga telah dikemukakan oleh al-Syaibani, iaitu:
• (a) memperkenalkan generasi muda dengan aqidah Islam, dasar-dasarnya, usul-usul ibadah, dan cara-cara melaksanakannya dengan betul, membiasakan mereka mematuhi aqidah Islam dan menjalankan serta menghormati syiar-syiar ad-din;
• (b) menumbuhkan kesedaran yang betul dalam diri anak-anak terhadap din, termasuk prinsip-prinsip, dan dasar-dasar akhlak yang mulia, menyedarkannya akan bid’ah, khurafat, kepalsuan dan kebiasaan usang yang melekat tanpa disedari, sedangkan Islam bersih;
• (c) menanamkan keimanan kepada Allah, malaikat, rasul, kitab-Nya dan hari akhirat berdasarkan kefahaman, kesedaran dan kehalusan perasaan;
• (d) mendidik naluri, motivasi dan keinginan anak-anak, membentenginya dengan aqidah dan nilai-nilai syara' serta membiasakan mereka menahan rang-sangan dalaman, mengatur emosi dan membimbingnya dengan baik; dan
• (e) membersihkan hati anak-anak daripada sifat dengki, hasad, iri hati, benci, kasar, zalim, ego, menipu, khianat, nifak, ragu- ragu serta sifat-sifat buruk dan hina.
Pendidikan Islam berasaskan aqidah dan syariat Allah SWT. Kesyumulan Islam, seperti yang dijelaskan di atas, terjelma dalam sistem atau manhaj pendidikan. Pendidikan atau tarbiyah Islam dilaksanakan untuk mengembangkan tasawwur (konsep) dan kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan al-Quran di dalam jiwa anak-anak. Asas dan teras sistem pendidikan ini adalah hakikat tauhid kepada Allah. Di dalam al-Quran (dan Sunnah Rasulullah) terdapat metodologi (kaedah) untuk mendidik manusia. Metodologi itu telah terbukti berkesan mendidik generasi awal. Rahsia utama kejayaan metodologi itu ialah memahami jiwa manusia yang tidak ubah bagaikan peti yang berkunci rapat manakala memahami jiwa menjadi kuncinya. Sebenarnya sistem pendidikan yang paling berkesan dan mampu membawa perubahan menyeluruh dalam diri manusia adalah sistem pendidikan yang berupaya berbicara dengan jiwa. Hanya pendidikan Islam sahaja mempunyai metodologi itu dan mampu merawat jiwa manusia.

1 comments:

Anonymous said...

ibu bapa skang rmi y mnuru khendak ank2 shgga ank2 jd melampau...
dunia akhir zaman skang rmi para ibu melahirkan tuan2 means ank2 y buat ibu bapa jd hamba..nauzubillah..