BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 16, 2009

Solat itu mudah

Sebenarnya agama yang Allah kurniakan untuk umat ini adalah memudahkan hambanya dan untuk memberi kejayaan bagi sesiapa yang mengamalkannya. Dari sudut perintah solat yang dibincangkan di sini kita lihat ianya adalah mudah untuk diamalkan. Sebagai penjelasannya solat dimulai dengan wuduk atau bersuci yang mana cara dan sumber yang digunakan adalah amat mudah iaitu dengan air mutlak dan menggunakan debu tanah yang suci untuk bertayammum sebagai ganti kepada air.


Selain itu waktu yang diperuntukkan untuk menunaikan solat adalah mencukupi bahkan melebihi dan waktu-waktunya adalah sesuai dengan kehidupan manusia. Dengan ruang masa yang panjang, kita boleh solat selagi ada waktunya akan tetapi untuk mendapat kesempurnaannya dan cara yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W adalah dengan berjemaah dan dirikan pada awal waktu. Keringanan diberikan bagi yang bermusafir dengan solat secara jamak iaitu mengumpul dua solat dalam satu waktu. Perintah ini adalah mengikut kemampuan masing-masing dan tidak boleh diabaikan.


Daripada Ali Ibnu Abi Talib, telah berkata ”Rasulullah S.A.W tentang solat orang sakit, Kalau kuasa sembahyanglah ia dengan berdiri, kalau tidak sembahyang ia duduk, jika tidak kuat sujud isyaratkan sahaja dengan kepalanya tetapi hendaklah sujudnya lebih rendah daripada rukuknya”. Bagi melaksanakan perintah ini tidaklah khusus pada tempat-tempat tertentu bahkan ianya dibenarkan di mana-mana di atas bumi Allah dengan syarat ianya bersih dari najis.

1 comments:

Anonymous said...

nice posting..
yep mmg islam tu mudah n x membebankan..